Protes Bangladesh: Pelajar Malaysia tidak dapat akses berlindung di kedutaan

Iklan
Tangkap layar hantaran Akmal yang cuba memohon bantuan daripada Wisma Putra di platform X pada Sabtu

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pelajar Malaysia mendakwa tidak mendapat akses untuk meminta tempat berlindung di kawasan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes terhadap sistem kuota dalam sektor kerajaan pada awal Julai ini.

Perkara tersebut dikongsikan pengguna platform X, Akmal Azizan atau @akmalazizan8 menerusi hantaran pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut Akmal, ada juga pelajar lain telah cuba meminta penempatan di bangunan tersebut bagi tujuan keselamatan namun dipaksa berpatah balik.

"Dah minta tempat untuk berlindung di kawasan kedutaan tetapi katanya tidak ada akses untuk buat semua itu.

Iklan

"Saya lawan untuk penempatan yang selamat saja. Semua kedutaan negara lain dah panggil pelajar mereka untuk berlindung di kedutaan masing masing,” katanya dalam hantaran di platform X pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu pelajar Bangladesh berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018

Iklan

Susulan itu, negara berkenaan mengumumkan penutupan semua universiti awam dan swasta mulai semalam susulan protes berkenaan semakin memuncak minggu ini.

Pada Sabtu, menurut laporan Agensi Berita Jerman, kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung di seluruh negara dan mengerahkan tentera susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes pelajar, umum tentera.

Menteri Dalam Negerinya, Asaduzzaman Khan mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan di ibu kota Dhaka dan daerah-daerah lain.

Lebih daripada 100 orang terkorban dalam protes itu sejak keganasan tercetus pada Selasa.

Sementara itu, salah seorang pengguna platform X, Mohd Faizal Hassan atau @f4izalhassan memaklumkan bahawa pegawai Wisma Putra sedang cuba untuk menghubungi Akmal berhubung isu tersebut.

"Boleh sesiapa tolong maklum Akmal untuk periksa mesej terus? Pegawai Wisma Putra ada mesej untuk tujuan komunikasi secara terus,” ujarnya.