DARI kaca televisyen ke arena pertempuran, itulah bukti semangat patriotisme pasangan suami isteri, Alfi Shahrin Zakaria dan Diana Latief yang menanam impian ke temasya Sukan Olimpik Paris 2-24 dengan hanya dengan menaiki motor kapcai.
Lahir dalam era kegemilangan 'The Sidek Brothers' menjadi pencetus semangat untuk melihat wakil negara beraksi secara langsung di depan mata sendiri.
Iklan
Iklan
Misi asal mereka adalah untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun kekangan daripada wabak Covid-19 yang melanda dunia menjadikan pelan itu tergendala dan kini bumi Paris menjadi destinasi seterusnya untuk merealisasikan mimpi mereka.
Lebih menarik tumpuan, komponen jentera Honda RSX 150cc yang digunakan sebagai kenderaan mereka adalah 100 peratus produk buatan Malaysia.
"Kami mahu buktikan bahawa barangan buatan Malaysia boleh tahan lama, dengan penjagaan dan penggunaan yang betul, boleh sampai, walaupun pemikiran masyarakat berbeza.
"Sekarang yang terkenal adalah Datuk Azizulhasni Awang, jadi kami ingin melihat dia jika ada rezeki.
"Pada kami, menang kalah belakang cerita tetapi menyaksikan di depan mata lebih utama. Semangat untuk menyokong pasukan negara lebih utama." katanya kepada Nadi Arena. - Awani