AHT bawa penggiat seni rentas 3 negara ASEAN naik kereta api

Iklan
ASEAN Heritage Train - Enhancing Connectivity Towards Cultural Diversity (AHT) menyaksikan penglibatan penggiat seni daripada sembilan negara ASEAN yang merentasi tiga negara selama 18 hari menggunakan kereta api.

SHAH ALAM - Penggiat seni dari negara ASEAN dihimpunkan dalam program ASEAN Heritage Train - Enhancing Connectivity Towards Cultural Diversity (AHT) yang menyaksikan para peserta merentasi tiga negara ASEAN iaitu Lao PDR, Thailand dan Malaysia selama 18 hari bermula 9 hingga 26 Julai ini menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama.

Menurut JKKN, AHT merupakan program di bawah ASEAN Cultural Fund (ACF) dengan penglibatan penggiat seni budaya bidang Seni Persembahan, Gastronomi dan Kraf daripada sembilan buah negara ASEAN iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Iklan
Iklan

"Program ini menjadikan kereta api sebagai medium utama bagi memudahkan interaksi, menggalakkan keharmonian serantau dan menghubung kekayaan warisan budaya ASEAN.

"Objektif utama penganjuran adalah untuk memupuk pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam mengenai kepelbagaian budaya yang kaya di rantau ini.

Iklan

"Selain itu juga, ia dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan peserta, mewujudkan rangkaian kerjasama untuk perkongsian dan memudahkan aktiviti kerjasama pada masa hadapan. Ia juga memperkenalkan seni budaya tempatan di samping mempromosikan tempat-tempat pelancongan setempat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Antara pengisian aktiviti sepanjang AHT yang sedang berlangsung sehingga 26 Julai ini.

Program AHT telah mendapat kerjasama daripada beberapa agensi lain antaranya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Jabatan Warisan Negara, Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis DirajaMalaysia, dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Iklan

JKKN menambah, perjalanan peserta AHT bermula di LAO PDR pada 9 hingga 14 Julai iaitu di Luang Prabang, Vang Vieng dan Vientiane seterusnya pada 15 hingga 20 Julai, para peserta menuju ke Negara Thailand merangkumi Nong Khai, Bangkok, Petchaburi dan Songkhla.

Katanya, pada 21 hingga 26 Julai 2024, peserta AHT sampai ke Malaysia melalui tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Sepanjang laluan yang menarik ini, para delegasi terlibat melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk persembahan kesenian, pameran, bengkel, demonstrasi kraf dan masakan tradisi.

"Antara pengisian utama AHT ialah Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 Julai di KL Sentral, manakala majlis pelancaran pada 23 Julai dijangka disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing," menurut kenyataan itu.