Pelajar Bangladesh di Malaysia adakan himpunan solidariti di tiga IPT

Iklan
Tangkap layar himpunan solidariti di platform X pada Jumaat

SHAH ALAM - Pelajar Bangladesh di Malaysia mengadakan himpunan solidariti bagi menyatakan sokongan terhadap protes yang berlaku di negara berkenaan sejak awal Julai ini.

Himpunan tersebut dilakukan secara berasingan di tiga institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Iklan
Iklan

Pengguna platform X, Sumaiya Zafrin Chow atau @sumaiya_zafrin berkata, mereka bersama-sama berhimpun di UIAM sebagai tanda gesaan kepada kerajaan supaya menghentikan keganasan terhadap pelajar.

"Pelajar Bangladesh dan ekspatriat di UIAM berdiri dalam solidariti dengan protes pelajar di Bangladesh. Bersatu untuk keadilan dan perubahan,” katanya dalam hantaran pada Jumaat.

Iklan

Seorang lagi pengguna X, Abdullah Al Hadi atau @abdhadi2002 turut berkongsikan gambaran situasi himpunan solidariti di AIU

Selain itu, seorang pengguna X, Joyanta Chandra Das atau @Joyantadas_jd turut menunjukkan gambar protes yang dilakukan di UKM menerusi hantarannya pada Jumaat.

Iklan

"Saudara kita daripada UKM," menurutnya.

Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu pelajar Bangladesh berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018

Susulan itu, negara berkenaan mengumumkan penutupan semua universiti awam dan swasta mulai semalam susulan berkenaan semakin memuncak minggu ini.

Pada Sabtu, menurut laporan Agensi Berita Jerman, Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung seluruh negara dan mengerahkan tentera susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes pelajar, umum tentera.

Menteri Dalam Negerinya, Asaduzzaman Khan mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan di ibu kota Dhaka dan daerah-daerah lain.

Lebih daripada 100 orang terkorban dalam protes itu sejak keganasan tercetus pada Selasa.