Warga Myanmar beri suapan RM250 didenda RM5,000

Iklan
Tertuduh ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Ahad atas dakwaan memberi suapan kepada seorang anggota polis pada 15 Julai lalu.

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga Myanmar di denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad selepas mengaku bersalah memberi suapan RM250 kepada seorang anggota polis.

Tertuduh, Mohammad Shakir Mohamad Zokoria, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim, Norashima Khalid.

Iklan
Iklan

Selain hukuman denda, tertuduh juga berdepan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Tertuduh sebelum ini berdepan dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Iklan

Tertuduh ditawarkan satu pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan kerana secara rasuah telah memberikan suapan wang tunai berjumlah RM250 kepada seorang pegawai polis berpangkat Inspektor.

Ia sebagai balasan dan dorongan untuk melepaskan dirinya daripada ditahan kerana melakukan kesalahan tidak memiliki lesen perniagaan barangan lusuh.

Iklan

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tepi jalan Balai Besar Alor Tempoyak, Dungun sekitar jam 3.15 petang pada 15 Julai lalu.

Tertuduh dilepaskan selepas selesai membayar denda RM5,000.

Selain itu, mahkamah turut membenarkan wang rasuah berjumlah RM250 itu dilucut hak kepada kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40(1) ASPRM 2009.

Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Raihan Mohd Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.