Warga emas maut mengelak lembu

Iklan
Pegawai penyiasat menunjukkan lokasi mangsa kemalangan, (Kanan: Motosikal ditunggang mangsa.) Foto polis

JEMPOL - Selepas lebih 12 jam bertarung nyawa di hospital akibat kemalangan kerana mengelak lembu melintas, seorang lelaki warga emas akhirnya meninggal dunia pada Ahad.

Lelaki berusia 68 tahun itu disahkan meninggal dunia jam 7.15 pagi ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang menunggang motosikal terlibat kemalangan jam 3.15 petang pada Sabtu ketika dalam perjalanan ke kebun.

"Mangsa dari rumah hendak ke kebun dan setibanya di lokasi kejadian, dipercayai telah mengelak lembu melintas lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan.

Iklan

Menurutnya, mangsa telah dihantar ke HTAN untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya, pada jam 7. 15 pagi pada Ahad, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital tersebut

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

"Mana-mana saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan," katanya.