PRK Nenggiri: DAP Kelantan 'berkhemah' di kawasan Orang Asli

Iklan
Azaha

GUA MUSANG - Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Azaha Abdul Rani bersama jenteranya sanggup 'berkhemah' di kawasan Orang Asli bagi memastikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini menjadi milik Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, tindakan itu membuktikan komitmen mereka dalam memastikan PRK nanti akan berjalan lancar dan Orang Asli keluar mengundi.

Iklan
Iklan

"Kami sanggup buka khemah di sana dan 14 hari duduk di dalam hutan.

"Target kami 90 peratus daripada lebih 2,700 Orang Asli akan keluar mengundi pada hari tersebut. Manakala pengundi Melayu kita serah pada BN dan Amanah (Parti Amanah Negara)," katanya.

Azaha semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan PRK Nenggiri di Pejabat Amanah Kawasan Gua Musang pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan PRK Nenggiri di Pejabat Amanah Kawasan Gua Musang di sini pada Ahad.

Hadir sama, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Naib Presiden, Adly Zahari.

Iklan

Menurut beliau, lima kawasan melibatkan Orang Asli iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos Simpor.

Ujarnya, DAP akan memanfaatkan tempoh berkempen sebaik mungkin bagi memastikan sokongan Orang Asli kepada BN tidak berganjak.

Azaha memberitahu, BN perlu menang pada PRK itu bagi memastikan kepentingan rakyat dapat dibela sebaik mungkin.