Mangsa dihempap kayu balak kini separuh sedar

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KOTA BHARU - Mangsa yang mengalami kecederaan parah selepas dihempap kayu balak yang terjatuh daripada lori di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, di Gua Musang pada 9 Julai lalu kini separuh sedar selepas terpaksa ditidurkan semula pada Jumaat.

Kakaknya, Roslinda Jusoh, 40, berkata, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini sudah memberi tindak balas apabila setiap kali namanya dipanggil.

Iklan
Iklan

"Hari ini dia sudah boleh gerakkan tangan, namun masih lemah," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Siti Norelyana terpaksa ditidurkan semula pada Jumaat selepas pernafasannya laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Iklan

Sebelum ditidurkan pada jam 3 petang itu, dia ada mengadu sakit kepada ahli keluarga.

Ahli keluarga berharap dia segera pulih dan memohon orang ramai mendoakan Siti Norelyana.

Iklan

Sinar Harian pada Rabu melaporkan mangsa yang mengalami kecederaan parah selepas dihempap kayu balak yang terjatuh daripada lori di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, di Gua Musang pada 9 Julai lalu sudah sedarkan diri serta boleh bercakap sejak Isnin.

Tunangnya, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, ketika dihubungi memaklumkan Siti Norelyana kini sudah tidak memerlukan bantuan alat pernafasan lagi selepas ditidurkan selama lima hari.

Bagaimanapun dia masih berada di unit rawatan rapi dan masih dalam pengawalan pihak doktor.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang.

Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.

Difahamkan semasa kejadian Siti Norelyana dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata, 'turn-table' patah menjadi punca kepada sebuah lori yang membawa muatan balak terbalik lalu menghempap motosikal yang ditunggangi wanita terbabit.

Pada masa sama kayu balak itu turut mengenai sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berhenti dipersimpangan itu semasa lampu isyarat mereka.

Ia berdasarkan maklumat siasatan awal yang diperoleh, bagaimanapun pemandu treler dan kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.