KBS ambil langkah elak isu doping atlet Olimpik

Iklan
Adam Adli

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) percaya atlet negara berada pada momentum terbaik sebelum beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, pelbagai langkah diambil bagi memastikan atlet negara bebas penggunaan doping dan barang larangan.

Iklan
Iklan

"Saya rasa atlet negara memang sangat berhati-hati dan berdisiplin dalam pengambilan makanan tambahan yang boleh memberi kesan kepada mereka.

"Selalunya bila berlaku isu-isu doping kerana tak sengaja. Kadang-kadang ada tidak sedar bahan yang terdapat dalam makanan tambahan yang diambil," katanya kepada pemberita pada program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) di Kolej Poly-Tech Mara, Meru Raya di sini pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, setakat ini pihaknya tidak berdepan dengan isu doping melibatkan kontinjen negara itu.

"Setakat ini kita tak ada masalah berdepan dengan isu doping dan memang kita laksanakan banyak langkah-langkah yang diperlukan sebelum mereka ni berlepas ke Paris," katanya.

Iklan
Adam Adli melawat reruai peserta pada Kembara JOM di Ipoh.

Dalam perkembangan lain, Adam Adli berkata, hadiah lumayan berupa wang RM1juta kepada atlet yang membawa pulang pingat emas turut diberikan kepada atlet para.

Tambah beliau, tahun lalu Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) memperkenalkan imbuhan sama rata kepada atlet yang mengikuti temasya sukan di luar negara.

Katanya, hadiah berupa sebuah pangsapuri mewah adalah tajaan syarikat korporat.

"Tentu sekali kita mengalu-alukan tajaan yang sama oleh pihak luar sana kepada atlet para kita.

"Namun di peringkat kerajaan memang kita bagi ganjaran yang sama, tiada beza, cuma imbuhan tambahan itu adalah tajaan pihak swasta atau korporat," katanya.

Media melaporkan Top Residency dan Senheng New Retail Bhd (Senheng) menjadi syarikat korporat terbaru tampil menjanjikan habuan lumayan.

Antara habuan terbaharu dijanjikan ialah sebuah pangsapuri mewah di Setia Alam bernilai RM1 juta ditawarkan oleh Top Residency kepada mana-mana atlet yang berjaya memenangi emas pertama buat kontinjen negara di Paris.