Bapa rogol anak OKU hingga lahirkan bayi ditahan

Iklan
Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun - Gambar hiasan

DUNGUN - Perbuatan keji seorang bapa merogol anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sehingga hamil akhirnya terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, kejadian itu disedari selepas remaja berusia 13 tahun itu mengadu sakit pada bahagian perut dan dikejarkan ke klinik.

Iklan
Iklan

"Kanak-kanak itu melahirkan seorang bayi kira-kira jam 7 malam ketika dirawat di klinik tersebut dan segera dikejarkan ke Hospital Dungun," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut Maizura, bertindak daripada laporan diterima, pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek.

Iklan

"Suspek berusia 45 tahun yang merupakan seorang buruh telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun dan suspek juga memiliki rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Iklan

Maizura berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol.

Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dikenakan hukuman sebatan.