NEW DELHI - Sebuah mahkamah tinggi Bangladesh pada Ahad telah membatalkan sebahagian besar keputusan untuk memperkenalkan semula sistem kuota perkhidmatan awam susulan protes besar-besaran membantah rancangan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik BBC Bangla.
Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan bahawa 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta dengan lima peratus diperuntukkan kepada keturunan veteran perang kemerdekaan 1971 dan dua peratus kepada orang daripada kaum minoriti atau kurang upaya.