Gen Z tampil jadi 'muka segar' barisi Parlimen Britain

Iklan
Perdana Menteri Britain baharu, Keir Starmer diberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja melangkah keluar di Downing Street, London.

LONDON - KEMENANGAN luar biasa Parti Buruh pada 4 Julai telah menyaksikan barisan muka baharu menjadi kumpulan pertama ahli Parlimen (MP) Britain terdiri daripada Gen Z yang lahir kira-kira dua dekad lalu.

Bilangan mereka yang dipilih ke Westminster semakin meningkat daripada dua kepada 10 orang pada Pilihan Raya Umum setelah berjaya menyingkirkan Parti Konservatif daripada tampuk kepimpinan negara.

Iklan
Iklan

Kebanyakannya mereka sudah bergiat dengan politik sejak masih menuntut di universiti dan sebahagian daripada mereka merekodkan pencapaian yang cemerlang. Berikut adalah 10 ahli Parlimen yang bakal menjadi suara generasi muda di Britain.

1. Sam Carling (North West Cambridgeshire), 22

Iklan
1

Carling menjadi 'ahli paling muda' selepas menyingkirkan anggota veteran konservatif, Shailesh Vara dengan 39 undi. Beliau dibesarkan di timur laut England dan mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah swasta di County Durham sebelum menyambung pengajian peringkat universiti di Cambridge di mana Carling bergiat aktif dalam politik pelajar. Beliau sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Patalogi ketika berkempen di North West Cambridgeshire.

Iklan

2. Josh Dean (Hertford and Stortford), 24

2

Dean menterbalikkan majoriti Tory sebanyak hampir 20,000 undi untuk memenangi kawasan pilihan raya Hertfordshire. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah komprehensif di Hertford dan bakal menerima Ijazah Sarjana muda dalam bidang Politik dan Hubungan Antarabangsa dari University of Westminster. Pada 2020, ketika gelombang Black Lives Matter melanda negara Barat, Dean telah menubuhkan Stortford Against Rhodes, kempen yang berjaya untuk menukar nama daripada Rhodes Birthplace Trust kepada Bishop's Stortford Museum and Arts Charitable.

3.Euan Stainbank (Falkirk), 24

3

Calon termuda untuk bertanding di Scotland. Stainbank menambah tiga kali ganda undi Buruh dan menterbalikkan 15,000 majoriti Parti Kebangsaan Scotland (SNP) untuk memenangi kerusi. Beliau menceburi bidang politik dua tahun lalu sebagai ahli majlis di Falkirk setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of Stirling. Sewaktu di kampus, Stainbank pernah membantu pelajar antarabangsa yang menghadapi masalah penginapan ketika pandemik Covid-19.

4.Joshua Reynolds (Maidenhead), 25

4

Bekas kawasan pilihan raya Maidenhead ini pernah dipegang bekas Perdana Menteri, Theresa May jatuh ke tangan Reynolds, sekali gus menjadi tamparan hebat kepada Konservatif. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah komprehensif dan menyambung pengajian dalam bidang pengurusan dan pengajian perniagaan di Cardiff Metropolitan University. Reynolds menguruskan rangkaian pasar raya di kawasan tenggara.

5.Keir Mather (Selby), 26

5

Mather menjadi tumpuan apabila beliau menterbalikkan 20,000 undi majoriti Konservatif untuk memenangi Selby dan Ainsty pada pilihan raya kecil Julai 2023. Kemenangannya telah membuka peluang kepada Buruh untuk menang besar. Bekas penuntut Oxford yang dinamakan sempena nama pengasas Buruh, Keir Hardie telah dipilih semula di kawasan pilihan raya Selby dengan majoriti 10,000 undi.

6.Rosie Wrighting (Kettering), 26

6

Beliau menterbalikkan majoriti Tory sebanyak hampir 17,000 undi apabila Wrighting menang di 'kawasan panas' Northamptonshire yang turut dikunjungi Perdana Menteri, Keir Starmer beberapa kali ketika berkempen. Sebelum terlibat politik, beliau berada dalam bidang peruncitan. Beliau merupakan peminat bintang pop Amerika, Taylor Swift sama seperti Starmer yang mengakui dirinya sebagai 'Swiftie'.

7.Jacob Collier (Burton dan Uttoxeter), 27

7

Collier menterbalikkan majoriti Konservatif sebanyak 15,000 undi di kawasan pilihan raya West Midlands yang tidak pernah mengundi Buruh sejak era bekas PM, Tony Blair dan Gordon Brown. Beliau mengikuti pengajian dalam bidang sejarah dan politik di University of Nottingham di mana mengkhususkan sejarah politik Britain sejak 1945 dan terlibat dengan kesatuan pelajar. Sebelum terbabit dalam dunia politik, Collier pernah bekerja dalam bidang komunikasi dan kumpulan syarikat Thera serta perkhidmatan bomba dan penyelamat Nottinghamshire.

8.Nadia Whittome (Nottingham East), 27

8

Beliau dianggap sebagai 'veteran' dalam kalangan gen Z dan berkhidmat untuk penggal kedua di Parlimen selepas pertama kali dilantik pada usia 23 tahun pada 2019. Ketika penggal pertama, Whittome menyerahkan kira-kira separuh daripada gajinya kepada badan amal Nottingham dan berikrar untuk terus berbuat demikian selagi menjadi anggota Parlimen. Beliau sangat lantang bersuara tentang isu kos sara hidup dan krisis iklim.

9.Lloyd Hatton (South Dorset), 28

9

Hatton menterbalikkan majoriti sebanyak 17,000 undi untuk menyingkirkan Richard Drax dengan margin 1,000 undi untuk merebut kerusi yang tidak dijangka. Dilahirkan dan dibesarkan di Weymouth serta menetap di London sejak empat tahun lalu. Beliau berulang-alik antara Dorset dan Camden untuk berkhidmat sebagai ahli majlis. Sebelum menjadi MP, Hatton bekerja sebagai penyelidik politik dan terlibat dengan kempen politik di Amerika Syarikat (AS).

10.Luke Charters (York Outer), 28

10

Beliau merampas York Outer daripada Tory melalui cubaan kedua beliau selepas bertanding di kawasan pilihan raya itu pada 2017 ketika berusia 21 tahun. Beliau dibesarkan di kawasan itu dan mendapatkan pendidikan awal di sekolah komprehensif sebelum menyambung pengajian dalam bidang ekonomi dan politik di Oxford. Charters bekerja di Bank of England dan Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan sebelum beralih kepada sektor swasta dan berkhidmat di Remote.