Joe Biden umum tarik diri bertanding jawatan Presiden AS

Iklan
Joe Biden. Foto AFP

WASHINGTON - Joe Biden pada hari Ahad mengumumkan beliau akan menamatkan kempen pemilihan semulanya sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Beliau turut mengumumkan, Kamala Harris, naib presidennya, akan menggantikannya.

Iklan
Iklan

"Saya mahu menawarkan sokongan dan sokongan penuh saya untuk Kamala menjadi calon parti kami tahun ini," tulisnya di X.

Kamala Harris. Foto AFP

Biden dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata"Demokrat - sudah tiba masanya untuk bersatu dan mengalahkan Trump."

Iklan

Walau bagaimanapun, sokongan Biden terhadap Kamala bukanlah muktamad.

Sebaliknya beberapa nama lain telah disebut-sebut sebagai pengganti berpotensi.

Iklan

Susulan pengumuman tersebut, ramai memberi penghormatan kepada Biden, namun tiada yang mengatakan secara jelas bahawa mereka menyokong Kamala.

Difahamkan perwakilan akan mengundi pada bulan depan di Konvensyen Nasional Demokrat untuk mengesahkan secara rasmi siapa yang akan menggantikan Biden.