Mahu noktahkan isu rakyat di DUN Kota Kemuning
Iklan
ISU banjir, kesesakan jalan raya dan penyelenggaraan Infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning perlu diatasi secara serius agar rakyat di kawasan berkenaan tidak lagi terbeban dengan kemelut tersebut.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Preakas Sampunathan mahu mencabar diri berkhidmat sebagai wakil rakyat dalam usahanya menyelesaikan masalah rakyat dan menoktahkan perjuangan wakil rakyat terdahulu.