Reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini disambung 7 hari

Iklan
Tempoh reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini disambung tujuh hari.

KUALA KUBU BHARU - Tempoh reman suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, disambung tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Perintah sambung reman mulai Selasa sehingga 29 Julai itu dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mendengar permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini.

Iklan
Iklan

Perintah reman itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selepas tempoh asal reman suspek tamat hari ini.

Suspek berusia 26 tahun yang memakai baju lokap warna oren sebelum itu dilihat tiba menaiki kereta polis pada jam 9.04 pagi.

Iklan

Lelaki itu dilihat bergari dan diiring beberapa anggota polis masuk ke dalam mahkamah.

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini dibawa keluar dari mahkamah.

Sebelum ini, suspek yang juga anggota polis berpangkat lans koperal direman tujuh hari bermula 16 Julai bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Iklan

Sinar Harian melaporkan, suspek ditahan 15 Julai pada hari yang sama penemuan mayat Nur Farah Kartini di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.