Warga emas ditahan disyaki rogol anak OKU jiran

Iklan
Suspek berusia 63 tahun itu ditahan di sebuah rumah sekitar mukim Hulu Jabor kira-kira jam 5 petang pada Ahad. Gambar hiasan

KEMAMAN - Seorang pekerja ladang ditahan selepas disyaki merogol anak jirannya yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun dalam kejadian di Jabor, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 63 tahun itu ditahan di sebuah rumah sekitar mukim Hulu Jabor, di sini kira-kira jam 5 petang pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perbuatan warga emas itu terbongkar selepas mangsa yang belajar di sebuah sekolah di Kuantan enggan pulang ke rumah dan menceritakan kejadian itu kepada gurunya.

"Selepas mendengar cerita murid berkenaan, guru tersebut segera memberitahu ibu mangsa sebelum wanita warga Indonesia itu membuat laporan polis.

Iklan

"Mangsa yang merupakan OKU lembam itu mendakwa telah dirogol sebanyak empat kali sejak empat bulan lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Ahad.

Hanyan berkata, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pada Isnin bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol.

Iklan

Jika sabit kesalahan, supek berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dikenakan hukuman sebatan.

"Selain Seksyen 376 KK, suspek juga akan disiasat dibawah kesalahan jenayah amang seksual," ujar beliau.