Mayat kedua mangsa lemas di Pantai Batu Layar ditemui

Iklan
Mayat seorang lagi pemuda ditemukan oleh pasukan SAR kira-kira jam 7.55 pagi Isnin.

KOTA TINGGI - Mayat seorang lagi pemuda yang hilang semasa mandi di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, Kota Tinggi semalam, ditemukan pagi tadi.

Jasad Haqim Abdul Rahim Lee, 20, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 7.55 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, mayat mangsa kedua itu ditemukan kira-kira 1,800 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa kedua ini ditemukan pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi mayat mangsa pertama yang ditemukan semalam.

Iklan

"Mayat mangsa kedua ini juga telah dicamkan oleh warisnya dan telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk prosedur siasatan lanjut," katanya.

Terdahulu, usaha pasukan SAR pada Isnin dimulakan sekitar jam 7 pagi dengan pencarian dibuat di sekitar pesisir pantai.

Iklan

Semalam Sinar Harian melaporkan dua lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar di sini, kira-kira jam 9.38 pagi.

Pada sebelah petang, mayat salah seorang lelaki terbabit dikenali sebagai Muhammad Syahmie Zamzam, 26, ditemui pada jam 3.19 petang, pada jarak 100 meter dari pantai Batu Layar.

Dengan penemuan kedua-dua mangsa lemas itu, operasi SAR dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang dibuka pada Ahad telah ditutup.

Hussin berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau turut menasihati orang ramai yang ingin mengunjungi kawasan pantai bagi tujuan rekreasi air untuk lebih peka dan berhati-hati atau menangguhkan aktiviti air sekiranya keadaan laut berombak dan berbahaya.