Kes bunuh Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta

Iklan
Pasukan pencarian dari Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik PDRM menemukan kunci kereta di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, Trolak. Foto Bernama

SLIM RIVER - [DIKEMAS KINI] Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4 di sini, sebentar tadi.

Berdasarkan pemerhatian Bernama di lokasi, kunci itu ditemukan oleh seorang penyelam daripada unit berkenaan kira-kira jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter daripada jambatan kecil di sungai itu yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.

Iklan
Iklan
Pasukan penyelam dari Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik PDRM menemukan beg duit dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak di Kampung Batu 4, Trolak pada Isnin.

Terdahulu, tiga kenderaan termasuk dua pacuan empat roda tiba di kampung itu bagi menyambung pencarian bahan bukti yang ditangguh pada Jumaat lepas akibat arus deras dan keruh susulan hujan lebat.

Seramai lima penyelam unit tersebut melakukan pencarian pada radius 300 meter dari jambatan berkenaan.

Iklan

Antara barangan milik Nur Farah Kartini yang dicari pada hari ini difahamkan melibatkan kelengkapan solat, beg duit dan pengecas telefon bimbit.

Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik PDRM meneruskan usaha pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini di Kampung Batu 4, Trolak pada Isnin. Foto Bernama

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang pada 15 Julai.

Iklan

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, unit berkenaan turut menemukan satu lagi bahan bukti penting iaitu dompet dipercayai milik Nur Farah Kartini di sungai tersebut.

Dompet itu ditemukan pada 12.20 tengah hari tadi kira-kira lima meter dari lokasi kunci berkenaan ditemukan.

Ketika ditanya pemberita sama ada terdapat kad pengenalan Nur Farah Kartini dalam dompet tersebut, penyelam terbabit berkata,"ada".

Pasukan penyelam menamatkan operasi pencarian mereka pada kira-kira 1 tengah hari selepas berpuas hati dengan kerja pencarian hari ini. - Bernama