MAIS, JAKIM tingkat kesedaran rohani Komuniti Hijrah

Iklan
Mohd Na'im (tengah) pada Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani bersama peserta.

SEPANG - Seramai 90 ahli Komuniti Hijrah menyertai Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani bagi memberi kesedaran kerohanian kepada komuniti hijrah.

Iklan
Iklan

Program anjuran bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berlangsung tiga hari melibatkan kalangan asnaf riqab MAIS.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, program itu bertujuan memberi kesedaran kerohanian kepada komuniti hijrah bagi menginsafi diri tentang hakikat sebenar sebagai hamba ALLAH SWT.

Iklan

"Semoga usaha murni ini dapat dikekalkan bagi memastikan asnaf Riqab berjaya menjalani proses pemulihan dan memberikan kesan yang positif dalam diri mereka," katanya berucap pada majlis itu.

Terdahulu, majlis tersebut dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Iklan
Program berlangsung selama tiga hari melibatkan 90 peserta.

Hadir sama, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar, Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, Datuk Razali Shahabudin.

Antara pengisian program adalah pertandingan hafazan, azan, tazkirah dan nasyid.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan aktiviti kursus antaranya ialah kursus sembelihan teorinya dan fizikal serta kursus pengurusan jenazah.

Rata-rata peserta ditemui memuji usaha MAIS dalam menyantuni golongan terbabit dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa depan.