Lelaki maut kereta terbabas masuk longkang

Iklan
Keadaan kereta Myvi yang dipandu mangsa.

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas lalu jatuh ke dalam longkang di Jalan Mohd Akil di sini, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Azri Giman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 6.42 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera Light Rescue Tender (FRT), satu jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat telah dihantar ke lokasi.

Iklan

"Setibanya ke lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang telah terbabas dan terjatuh ke dalam longkang pada kedalaman sembilan kaki.

"Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa iaitu pemandu telah meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.

Iklan

"Pihak bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari longkang dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 8.01 pagi," katanya.