KANGAR - Dua anggota polis trafik berpangkat koperal yang direman tiga hari bermula Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes memeras ugut dan memukul seorang lelaki warga Bangladesh pada Jumaat lepas, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pada masa ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.