Misi bawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh bermula 4 pagi esok

Iklan
Tangkap layar hantaran dimuatnaik Akmal di X pada Isnin.

SHAH ALAM - Misi membawa pulang 124 rakyat Malaysia termasuk pelajar di Dhaka, Bangladesh ke tanah air bakal bermula pada jam 4 pagi esok.

Perkara itu dikongsikan pengguna platform X, Akmal Azizan atau @akmalazizan8 selepas kerajaan mengumumkan akan mengaktifkan pelan evakuasi untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas di sana menggunakan pesawat AirAsia Airbus A330.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, selesai pertemuan Persatuan Ibu Bapa Pelajar Bangladesh Malaysia bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Sekarang tengah usaha untuk dapatkan maklumat para pelajar dan semua ibu bapa yang risaukan anak-anak mereka," katanya pada Isnin.

Iklan

Terbaharu, pesawat terbabit difahamkan bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka pada jam 10 pagi dan dijangka berlepas pulang sejurus urusan penghantaran pulang selesai.

Sebelum ini, kerajaan Bangladesh memutuskan untuk mengenakan perintah berkurung di seluruh negara dan mengerahkan tentera membanteras demonstrasi ganas pelajar yang membantah sistem kuota pekerjaan awam di negara itu.

Iklan

Sehingga sekarang, lebih daripada 100 orang terkorban dalam demonstrasi tunjuk perasaan sejak keganasan tercetus pada Selasa lepas.

Akmal turut memaklumkan, dia percaya bahawa kebimbangan rakyat Malaysia tentang keselamatan pelajar di negara berkenaan secara tidak langsung mempercepatkan proses misi menyelamat.

"Kita jaga kita dari dulu sampai sekarang selamanya terbaik.

"Terima kasih semua," ujarnya lagi.