Perbincangan Pas, UMNO hanya borak-borak biasa - Ahmad Fadhli

Iklan
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Perbincangan antara Pas dan UMNO dalam mewujudkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) hanya ‘borak-borak biasa’ apabila pemimpin kedua-dua parti itu bertemu.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia bukan perbincangan yang formal kerana beliau tidak berada di peringkat pembuat keputusan penting sama ada dalam Perikatan Nasional (PN) atau Pas.

Iklan
Iklan

"Sememangnya saya juga tidak menyebut adanya perbincangan untuk mewujudkan kerjasama.

"Apa yang saya nyatakan kepada wartawan hanyalah menjawab soalan, ada bertemu ke dengan pemimpin UMNO? Saya kata tentulah ada, jumpa di kafe Parlimen, kenduri kahwin, terserempak di lapangan terbang dan sebagainya. Bila berjumpa, berborak, begitu saja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan UMNO dan Pas bagi membentuk kerjasama pada PRU16 akan datang.

Menurut Asyraf Wajdi, spekulasi wujud perbincangan berkenaan mungkin berlaku dalam kalangan ahli atau penyokong, bukannya kepimpinan kedua-dua parti.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau dianggap tidak manis untuk menyebut nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat dalam perbincangan berkenaan.

Sama ada wujud atau tidak harapan untuk melihat kerjasama yang terjalin antara kedua-dua parti berkenaan pada masa depan, Ahmad Fadhli berkata:

"Saya dan ramai lagi sentiasa mengharapkan agar terjalin semula perpaduan ummah atas kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu sebagai majoriti di negara ini.

"(Ia) merangkumi semua parti berteraskan bumiputera. Sama ada ia berlaku atau tidak, masa akan menentukan,” ujarnya.