India pindahkan lebih 4,500 pelajar dari Bangladesh susulan protes

Iklan
Pelajar berjalan membawa bagasi mereka ketika meninggalkan kampus universiti di Dhaka, susulan penutupan institusi itu akibat protes berterusan. Foto EPA

MOSCOW - India memindahkan lebih 4,500 pelajar dari Bangladesh susulan insiden protes yang membawa maut di Dhaka, menurut Kementerian Luar India pada Ahad.

"Setakat ini, lebih 4,500 pelajar India telah kembali ke tanah air,” lapor Sputnik memetik kenyataan kementerian itu.

Iklan
Iklan

Selain pelajar-pelajar India, seramai 500 pelajar dari Nepal, 38 dari Bhutan dan seorang dari Maldives turut dipindahkan.

Protes yang bermula sebagai bantahan terhadap sistem kuota kerajaan Bangladesh untuk jawatan awam semakin memuncak minggu lalu selepas berlakunya pertempuran berdarah di Universiti Dhaka.

Iklan

Sistem kuota itu memperuntukkan 30 peratus jawatan kerajaan kepada ahli keluarga veteran perang 1971.

Para penunjuk perasaan mendakwa bahawa sistem berkenaan menyebabkan diskriminasi dan pilih kasih.

Iklan

Pada Jumaat, pihak berkuasa Bangladesh melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara bagi mengawal keganasan yang semakin meningkat.

Keputusan itu diambil selepas lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan sekurang-kurangnya 300 pegawai polis cedera. - Bernama-Sputnik