Rusuhan Bangladesh: Keluarga lega kerajaan laksana evakuasi

Iklan
Mohamad bertemu dengan sekumpulan keluarga pelajar di Wisma Putra, pada Isnin.

PUTRAJAYA - Keluarga pelajar yang belajar di Bangladesh kini mampu menarik nafas lega apabila kerajaan melaksanakan pelan evakuasi bagi mengeluarkan 124 pelajar dari negara tersebut.

Mejar Jeneral (B) Nubli Hashim berkata, pihaknya amat bimbang terhadap keselamatan anak mereka yang belajar di Bangladesh.

Mejar Jeneral (B) Nubli Hashim

Iklan
Iklan

"Kami sangat lega apabila mendengar berita ini. Bolehlah tidur setelah tiga, empat hari tak tidur lena.

"Lepas ini, Insya-ALLAH petang ini boleh lena," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.

Iklan

Terdahulu Nubli bersama beberapa lain mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Putra pada Isnin.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan terutama KLN dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana menggerakkan proses tersebut.

Iklan

Sementara itu, pelajar perubatan tahun empat Mymengsingh Medical College (MMC), Ahmad Wafiq Aqil Kamarul juga meluahkan kelegaan dengan perkembangan terkini itu.

Ahmad Wafiq Aqil Kamarul

Dia yang pulang pada 18 Julai lalu hanya sempat beradi di kampungnya, Pasir Puteh Kelantan sebelum ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat bersama keluarga pelajar yang lain.

"Saya balik kerana urusan peribadi dan Alhamdulillah dipermudahkan kerana ketika itu rusuhan telah berlaku.

"Saya lega apabila usaha ini dilaksanakan kerajaan, terima kasih kepada semua yang terlibat," jelasnya.