'Jangan eksploitasi politik matang Dr Akmal'

Iklan
Mohd Safwan. Gambar kecil: Dr Akmal

ALOR SETAR - Pas diingatkan agar tidak mengeksploitasi prinsip politik matang yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam beberapa isu negara.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Safwan Jaafar berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sememangnya memiliki sudut pandangan yang positif dalam pelbagai isu termasuk politik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini kerana Muhamad Akmal sering turun ke lapangan selain mendengar suara akar umbi berhubung permasalahan parti.

"Kami ingin berpesan kepada Pas jangan cuba eksploitasi kematangan politik Muhamad Akmal, (sebab) beliau mempunyai pandangan yang baik dalam banyak isu.

Iklan

"Namun kelebihan itu bukanlah cubaan beliau untuk menghubungkan antara dua parti, UMNO dan Pas. Ini membuktikan Pemuda UMNO sentiasa konsisten terhadap prinsip sejak mula tanpa berubah-ubah. Jadi, Pas janganlah cuba adu domba,” katanya di sini pada Isnin.

Mohd Safwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar berkata, kesediaan Muhamad Akmal berada sepentas dengan pemimpin pembangkang bukanlah bermakna pemimpin itu menyokong pendirian parti lain, sebaliknya hanya untuk membincangkan isu dalam negara.

Iklan

"Menemukan pimpinan berbeza parti politik harus disuburkan agar ahli politik yang berpotensi dapat membincangkan isu politik semasa secara bersama.

"Kami bersyukur kerana Muhamad Akmal sentiasa kemukakan penghujahan yang baik selain membawa suara akar umbi Pemuda UMNO seluruh negara untuk menjadikan sayap parti ini mengamalkan politik matang,” ujarnya.

Pada Khamis, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyatakan kemungkinan UMNO akan bersama Pas pada masa akan datang apabila Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menjadi pimpinan tertinggi UMNO kelak.

Kenyataan tersebut dibuat Ahli Parlimen Pasir Mas itu selepas program yang menemukan Muhamad Akmal bersama Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden atas pentas yang sama.

Ahmad Fadhli dipetik berkata, wujud masa depan yang cerah untuk penyatuan ummah dan orang Melayu khususnya pada masa hadapan di bawah kepimpinan Muhamad Akmal.

Terbaharu, Ahmad Fadhli turut mendakwa berlaku beberapa siri pertemuan bersama pemimpin UMNO untuk membincangkan kerjasama bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Katanya, pertemuan itu dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti sekali gus dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu yang kini berpecah teruk.