Isteri Wan Saiful meninggal dunia

Iklan
Gambar yang dimuat naik Alena bersama Wan Saiful di Facebook. Foto Facebook Alena Omar

SHAH ALAM - Isteri kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan iaitu Datin Alena Omar dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.40 petang Isnin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim menerusi satu hantaran dimuat naik di Facebook.

Iklan
Iklan

"Saya dan seluruh kepimpinan Bahagian Srikandi Armada serta Srikandi Muda Bersatu Kota Melaka merakamkan takziah kepada Wan Saiful di atas kembalinya isteri tersayang ke rahmatullah sebentar tadi.

"Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang beriman," katanya pada Isnin.

Iklan

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disempurnakan di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya dan disolatkan di Masjid Kariah Sungai Sekamat, Batu 12, Kajang pada jam 5.15 petang ini.

Urusan pengebumian akan dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Jalan Sungai Sekamat.

Iklan

Jun lalu, Wan Saiful pernah memaklumkan bahawa isterinya dimasukkan ke wad hospital di Kuala Lumpur kerana menghidap kanser usus tahap empat.

Menurut beliau, Allahyarham juga menjalani rawatan kemoterapi sejak 2020, namun keadaannya semakin kritikal berikutan kanser itu telah merebak ke organ lain.