RM50,000 ganjaran jumpa kanak-kanak perempuan hilang

Iklan
Ganjaran sebanyak RM50,000 diberikan kepada mereka yang dapat menjumpai kanak-kanak perempuan yang hilang sejak Sabtu.

SHAH ALAM - Sebuah syarikat konsultan menawarkan sebanyak RM50,000 sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang membawa kanak-kanak perempuan hilang sejak 20 Julai lalu ke syarikat tersebut.

Syarikat berkenaan berkata, ia akan diberikan apabila kanak-kanak itu dibawa ke institusi mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lebih banyak perkongsian yang dapat dilakukan oleh masyarakat, maka bantuan daripada mereka juga akan diberikan.

"Maklumat akan dirahsiakan. Tiada gurauan, hanya maklumat tepat diperlukan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Iklan

Difahamkan, seorang kanak-kanak, Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang semasa Festival Jepun Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru kira-kira jam 8.30 malam 20 Julai.

Ibu mangsa, Leo Qieo Xin, 37, merupakan salah seorang operator gerai di festival berkenaan, sibuk menguruskan pelanggan sebelum menyedari bahawa anaknya telah hilang.

Iklan

Gadis tersebut dengan ketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) yang berambut panjang, terakhir kali dilihat mengenakan baju kartun Mickey Mouse berwarna putih.