Pelanggan perlu Nombor Pengenalan Cukai sebelum janji temu - Puspakom

Iklan
Puspakom saran pelanggan untuk mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebelum membuat temujanji di semua cawangan bermula 25 Julai ini.

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menyarankan semua pelanggan untuk mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebelum membuat janji temu di semua cawangan bermula 25 Julai ini.

Puspakom dalam satu kenyataan berkata, ia dilaksanakan selaras dengan penguatkuasaan sistem invois elektronik atau e-invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Iklan
Iklan

"Langkah ini bertujuan untuk menyelaras dan meningkatkan sistem percukaian negara serta menggalakkan ketelusan dalam urusan kewangan atau percukaian.

"Bagi pelanggan korporat, maklumat yang diperlukan termasuk TIN, nombor pendaftaran syarikat dan nombor Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), manakala individu pula, mereka perlu menyediakan nombor kad pengenalan serta TIN.

Iklan

"Maklumat ini penting bagi memastikan setiap transaksi pembayaran dapat diproses dengan tepat dan efisien oleh kami serta LHDN,” katanya pada Isnin.

Dalam kenyataan sama, tambahnya, sistem e-invois tersebut bukan sahaja akan menangani isu ketirisan hasil, namun turut memberikan penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat.

Iklan

Ujarnya, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memacu kemampanan ekonomi dan ketelusan dalam percukaian negara.

"Untuk maklumat atau keterangan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil, pelanggan boleh terus menghubungi di talian hotline atau melawat laman web rasmi kami,” katanya.