BENTONG - Remaja perempuan berusia 17 tahun dari Kampung Lama, Lurah Bilut di sini yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu ditemui selamat di sebuah stesen bas Triang, Bera pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, Nur Aina Faqihah Sharizan ditemui orang awam kira-kira jam 2.30 petang sebelum dibawa ke balai polis berdekatan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, remaja itu berada dalam keadaan stabil dan akan bawa ke hospital untuk buat pemeriksaan bagi keperluan siasatan.
"Polis akan rakam percakapan remaja ini apabila dibawa balik sebelum diserahkan kepada keluarga," katanya pada Isnin.
Sebelum ini polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan remaja terbabit selepas dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Kampung Lama, Lurah Bilut.
Kehilangan Nur Aina Faqihan dilaporkan dua hari selepas gadis itu menghilangkan diri.