Amirul Azizan dilantik Datuk Bandar Subang Jaya

Iklan
Haris (kanan) menyerahkan surat pelantikan kepada Azizan.

SHAH ALAM - Datuk Amirul Azizan Abd Rahim dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya yang baharu, berkuat kuasa pada Isnin.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan, penyerahan surat pelantikan kepada bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim.

Iklan
Iklan

"Sesi penyampaian amanat dan penyerahan surat pelantikan kepada Datuk Amirul Azizan Abd Rahim yang dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya berkuat kuasa pada 22 Julai.

"Penyerahan surat pelantikan telah disempurnakan Datuk Setia Haris Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor," menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Iklan

Hadir sama pada majlis berkenaan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Mohd Yazid Sairi.

"Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,” kata kenyataan itu lagi.

Iklan

Sementara itu, Majlis Bandaraya Subang Jaya menerusi Facebooknya mengalu-alukan pelantikan Amirul Azizan, yang diyakini akan memperkuatkan lagi jentera pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu dan memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti bandar raya tersebut