Pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan dapat imbuhan RM10,000 - PM

Iklan
Anwar Foto Bernama. Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengumumkan imbuhan sebanyak RM10,000 untuk setiap pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan susulan kejayaan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Tahun 2024, Mei lepas.

Perkara itu diumumkan Anwar semasa mengadakan pertemuan dengan pasukan kebangsaan selepas kejayaan mereka memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam kejohanan tersebut.

Iklan
Iklan

Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau turut membincangkan beberapa perkara termasuk keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sukan sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw.

Pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di di Stadium Titiwangsa di sini, skuad sepak takraw kebangsaan mencipta sejarah menamatkan penguasaan Thailand selepas menewaskan mereka pada perlawanan akhir acara regu dan double masing-masing dengan keputusan 2-0.

Iklan

Bagaimanapun, penantian 33 tahun skuad sepak takraw negara untuk muncul juara acara regu berpasukan pula terus berpanjangan selepas tewas kepada Thailand 1-2 dalam aksi final. - Bernama

Iklan