Harimau Muda B-19 baham Singapura di Surabaya

Iklan
Naim meraikan jaringan kedua Harimau Muda B-19 ketika menentang Singapura dalam aksi Kumpulan C Piala ASEAN B-19 di Stadium Gelora 10 November, Surabaya pada Isnin.

SKUAD bola sepak Bawah 19 (B-19) tahun negara meneruskan rentak positif saingan Piala ASEAN B-19 selepas menewaskan Singapura, 5-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Gelora 10 November, Surabaya pada Isnin.

Kemenangan kedua tersebut juga membolehkan Harimau Muda B-19 kekal memimpin kumpulan dengan enam mata sama dengan Thailand yang menewaskan Brunei sebelum itu.

Iklan
Iklan

Malaysia akan berdepan dengan Thailand dalam aksi terakhir di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya bagi penentuan juara kumpulan pada Khamis ini.

Ridzwan Rosli terlebih dulu meletakkan Harimau Muda B-19 di depan seawal minit ketujuh, diikuti jaringan Naim Zainudin (m-12) sebelum G Pavithiran memastikan kedudukan skuad negara terus selesa ke atas anak buah Fadzuhasny Juraimi tersebut dengan gol minit ke-46.

Iklan
Pavithiran (kiri) antara pencetak gol Harimau Muda B-19 di Surabaya pada Isnin.

Separuh masa kedua, Garrido melakukan beberapa percaturan taktikal bagi menambah jaringan, berjaya meledak dua lagi gol menerusi’ Farish Danish (m-73) dan Izzat Syahir (m-82) untuk kedudukan 5-0.

Sementara itu, Thailand turut mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Brunei, 6-0 dengan gol anak buah Emerson Pereira Da Silva dijanakan Pakawat Taengoakson minit ketujuh, Paripan Wongsa (m-27), Caelan Ryan (m-45) sebelum Pikanet Laohawiwat (m-49) menutup separuh masa pertama dengan jaringan keempat.

Iklan

Separuh masa kedua, Thailand melebarkan lagi jaringan hasil percubaan Pitipong Wongbut minit ke-79 sebelum gol minit ke-90 diledakkan Rattapoom Pankejohn memastikan kemenangan anak buah Da Silva.

Sebagai rekod kejuaraan juga melibatkan Indonesia, Timor Laste, Filipina dan Kemboja dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B pula Australia, Myanmar, Vietnam dan Laos dengan juara kumpulan serta satu naib juara kumpulan terbaik layak ke separuh akhir.