Demo Rakyat Lawan Anwar: Polis rakam keterangan peguam

Iklan
Gambar kecil: Muhammad

KUALA LUMPUR - Polis Perlis mengesahkan telah merakam keterangan seorang peguam berhubung ucapannya yang didakwa berbaur hasutan dalam satu himpunan di Putrajaya, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, siasatan ke atas peguam terbabit dilakukan susulan satu laporan polis yang diterima pada 3 Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Kita terima satu laporan polis terhadap peguam terbabit pada 3 Julai lalu di Kangar (Perlis).

"Berikutan itu, kita jalankan siasatan dan pegawai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar ke Bukit Aman, hari ini untuk merakam keterangan peguam terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini dilaporkan berkata himpunan itu tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya selaku pemilik tanah.

Iklan

Pihaknya juga sudah menasihatkan penganjur tidak meneruskan perhimpunan selain turut menerima 85 laporan polis berkait penularan video berdurasi tiga minit 41 saat di aplikasi TikTok yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, peguam yang juga penasihat undang-undang himpunan terbabit, Muhammad Rafique Rashid Ali mengesahkan disiasat polis berhubung satu ucapannya pada himpunan berkenaan.

Beliau yang ditemui pemberita selepas selesai proses rakam keterangan di Bukit Aman, hari ini berkata, proses itu berlangsung kira-kira 45 minit bermula jam 12 tengah hari tadi.

Katanya, beliau memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis dan menjawab 12 hingga 13 soalan yang diajukan pegawai penyiasat pada proses rakam keterangan itu.