Masalah penglihatan bukan penghalang

Iklan
Iqbal kini berjalan dengan bantuan tongkat.

JIKA dilihat dari luaran, pasti ramai yang menyangka aktor Iqbal Mazlan adalah lelaki normal tanpa masalah penglihatan.

Namun hakikatnya sejak dua tahun lalu, pemilik nama penuh Muhammad Iqbal Mazlan itu sudah bergelar orang kurang upaya (OKU) apabila deria penglihatannya hilang akibat jangkitan kuman.

Iklan
Iklan

Menurut Iqbal, 35, setakat ini matanya hanya dapat menangkap cahaya terang seperti dalam keadaan silau dan tiga warna iaitu merah, hijau dan hitam.

Iqbal

"Setakat ini jika pandang ke atas nampak macam cahaya (disebabkan lampu ketika sesi temu bual), kalau pandang ke bawah, memang gelap sahaja.

Iklan

"Tidak dinafikan ada yang fikir saya buat-buat buta sebab mata saya masih liar atau nampak seperti boleh melihat seperti biasa. Ada yang tanya, betul ke saya buta?

"Walhal, saya bukan dilahirkan dengan masalah pancaindera mata, jadi sebab itu mata seperti meliar kerana telinga saya sangat sensitif sekarang. Saya boleh tangkap kedudukan seseorang menerusi suara mereka dan secara automatik, mata saya akan ‘beralih’ kepada kedudukan suara tersebut,” katanya.

Iklan

Iqbal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama siri pendek pertama di Malaysia di MXB International, Jalan Klang Lama, baru-baru ini.

Iqbal sahut cabaran mengarah 100 episod drama siri pendek pertama di Malaysia.

Tambah Iqbal, dia juga tidak selamanya boleh menjelaskan kepada semua orang tentang kondisi matanya dan membiarkan mereka yang berprasangka, mempercayai sendiri keadaan dirinya.

"Tipulah kalau saya tidak kecewa, tetapi jauh di sudut hati, saya masih meletak harapan untuk kembali sembuh, walaupun pertemuan dengan Prof Muhaya baru- baru ini, saya terima dua berita buruk mengenai keadaan mata saya,” ujarnya yang masih mempertimbangkan untuk menyuntik ubat ke biji matanya.

Tidak menjadikan masalah penglihatan sebagai penghalang, Iqbal menyahut cabaran yang diberikan oleh MXB International, Just Work Entertainment dan Art Ornament Sdn Bhd untuk menjadi pengarah 100 episod drama siri pendek pertama di Malaysia.

Iqbal (kanan) bersama orang penting di sebalik projek pembikinan drama siri pendek terpanjang pertama di Malaysia, (dari kiri) - pengarah dan penerbit Just Work Entertainment, James Wong; Ketua Pegawai Eksekutif MXB International, Pam Yap; Penerbit Art Ornament Sdn Bhd, Aida Othman dan penulis skrip, Tommy.

Mengakui proses penggambaran itu akan menjadi rumit dengan keadaan dirinya, juara Pilih Kasih itu berkata, dia akan bergandingan dengan rakan baiknya, Aida Othman.

"Aida akan menjadi mata saya ketika penggambaran. Menerusi projek drama pendek ini, saya akan keluarkan idea yang telah saya simpan sejak dulu lagi. Saya sudah ada gambaran untuk sesebuah babak, jadi Aida akan mengarah mengikut hasil perbincangan bersama.

"Setakat ini kami masih mencari pelakon dan ada 10 judul drama pendek, di mana setiap satu tajuk mempunyai 100 episod,” jelasnya.

Drama siri dengan durasi dua minit untuk setiap episod itu akan disiarkan menerusi laman sesawang justwork.asia dan boleh ditonton di seluruh dunia.