Aspirasi KPP semakin ke belakang
Iklan
KERTAS Putih Pertahanan (KPP) 2020-2030 merupakan satu blue-print atau pelan pertahanan yang digarap oleh pemikir-pemikir politik, strategik dan pertahanan negara.
Seperti juga dokumen-dokumen dasar yang dihasilkan oleh pelbagai kementerian, Kementerian Pertahanan telah menyerlahkan ke arah mana strategi pertahanan negara untuk tempoh 10 tahun, bermula 2020 sehinggalah 2030.