NEW YORK - Seorang influencer atau pempengaruh di Amerika Syarikat tular di media sosial selepas menawarkan sebuah apartment secara percuma kepada wanita gelandangan.
Wanita tidak didedahkan identiti yang hidup secara gelandangan selama 10 tahun menangis teresak-esak dan tidak menyangka dia kini mempunyai rumah sendiri.
Video tular dimuat naik influencer bernama Isahia Graza di Instagram telah mengumpul 11.1 juta tontonan dan sembilan juta tanda suka.
Dalam rakaman itu menyaksikan Graza yang menaiki kereta menyapa seorang wanita gelandangan tersebut.
Kemudian, dia memberikan sebuah kotak dan menyuruhnya membuka hadiah tersebut.
Semasa wanita itu membukanya, dia tiba-tiba melihat kunci yang diisi di dalam beg itu dan tidak mengesyaki tujuan sebenar influencer itu.
"Saya bagi hadiah awak sebuah apartment," kata Graza dalam rakaman video klip itu.
Mendengar kata Graza, wanita itu beberapa kali mengatakan influencer sebagai 'tidak siuman' dengan menghadiahkan sebuah apartment kepada individu tidak dikenalinya langsung.
Sambungan klip video itu menunjukkan Graza membawa wanita itu ke rumah baharunya yang turut dilengkapi televisyen, katil dan beberapa kemudahan lain.
"Dia sebenarnya seorang wanita berjiwa besar dan saya tidak akan melupakan detik indah ini. Saya menyiarkan video ini sebagai penghormatan kepada video saya yang pernah melepasi 200 juta tontonan di seluruh media sosial," katanya dalam kapyen video tersebut. - Agensi