SELANGOR - IOI Properties Group Berhad (IOIPG) baru-baru ini melancarkan Caladia, sebuah pangsapuri servis terkini di Bandar Puteri Bangi, yang terletak di kawasan seluas 360 ekar di Selatan Lembah Klang.
Dengan lokasi strategik hanya 2 kilometer dari tol Putra Mahkota di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), bandar ini menawarkan akses mudah ke pusat bandar Kuala Lumpur dalam masa 35 minit. Penduduk akan menikmati pelbagai kemudahan berdekatan seperti Lotus's, Universiti Islam Selangor, Taman Tema Air Bangi Wonderland, serta stesen KTM Bangi yang hanya 4.5km jaraknya.
Menurut Pengurus Besar IOIPG Bangi dan Sepang, Wong Peen Fook, Caladia merupakan komuniti terbaharu yang menyediakan gaya hidup moden dengan ruang binaan yang luas, reka bentuk praktikal, dan pelbagai kemudahan lengkap.
"Reka bentuk dalaman yang luas memberikan keselesaan bagi keluarga dengan anak-anak, manakala unit dwi-kunci menawarkan penginapan serba guna untuk keluarga besar dan pelabur.
"Terletak hanya 100m dari Taman Oasis seluas 6.9 ekar, penduduk Caladia dapat menikmati pemandangan semula jadi yang menenangkan pada waktu pagi," katanya.
Ruang hidup yang nyaman
Caladia meliputi kawasan seluas 5.85 ekar dengan 762 unit pangsapuri servis yang berukuran antara 904 hingga 1,098 kaki persegi. Unit-unit ini menawarkan reka bentuk dengan 3 dan 4 bilik tidur serta unit dwi-kunci.
Menampilkan DNA jenama khas IOIPG, pembangunan ini dilengkapi dengan ruang tamu, makan,dan dapur terbuka yang mempromosikan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi, serta halaman bersepadu yang menawarkan penggunaan ruang yang serba boleh. Setiap unit juga disediakan sekurang-kurangnya dua tempat letak kereta.
Kemudahan-kemudahan gaya hidup yang terletak di tingkat 6, termasuk kolam renang infiniti dan kolam kanak-kanak, kawasan barbeku, dewan serbaguna, gimnasium dan taman permainan kanak-kanak. Pembangunan ini juga menawarkan lapan unit ruang runcit yang memudahkan pembelian barangan runcit bagi pemilik dan penduduk.
Para pencari hartanah boleh mengunjungi IOI Galleria di Bangi untuk melihat unit pameran Caladia yang menawarkan susun atur Taip A (904 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi) dan Taip B (1,055 kaki persegi dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik mandi).
Semua unit didatangkan dengan pakej separa lengkap termasuk kabinet dapur, hud & hob, almari pakaian, peti sejuk, lampu, penghawa dingin dan kipas.
Harga bermula dari RM374,000* untuk unit 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi yang boleh memuatkan katil bersaiz queen.
Bandar terancang dengan pelbagai kemudahan
Bandar Puteri Bangi mendapat manfaat daripada pelan induk komprehensif di kawasan seluas 360 ekar. Hab komersial matang seperti Kubica Square dan Enigma Square, yang terletak kurang dari 2km dari Caladia, menawarkan pelbagai keperluan termasuk penjualan runcit, kedai serbaneka, tempat makan, klinik, perkhidmatan harian, penjagaan kanak-kanak dan banyak lagi.
Kawasan taman dan kemudahan awam merangkumi 20 peratus dari bandar ini, memastikan penduduk dan pelawat merasa tenang dengan segala-galanya dalam jangkauan mudah.
Kemudahan lain di kawasan ini termasuk EVO Mall, AEON Mall Nilai, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Nilai, Hospital Pakar An-Nur dan banyak lagi.
Bandar Puteri Bangi menawarkan akses mudah ke destinasi sekitar Lembah Klang melalui Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), dan Jalan Banting-Semenyih.
"Penduduk dan pemilik juga boleh menantikan Bangi Fresco yang akan datang iaitu sebuah pusat jualan runcit selari dengan gaya hidup terkini seluas 10 ekar dengan 100,000 kaki persegi kemudahan seperti lima restoran tepi tasik, tempat makan al fresco, 24 kedai, dewan acara 10,000 kaki persegi dan pusat sukan.
"Kami yakin bahawa pelan induk komprehensif ini, lengkap dengan komponen komersial yang menarik serta penyewa dan pengendali yang disusun pilih, akan meningkatkan pandangan gaya hidup kawasan ini sambil mendorong pertumbuhan perniagaan dan penghargaan untuk Bandar Puteri Bangi, sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada bandar ini dan komuniti," kata Wong.
Caladia dijangka siap pada suku kedua 2026. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembangunan ini, sila layari sini atau hubungi kami di 03-8912 3333 untuk melawat galeri jualan di IOI Galleria@ Bangi.