[VIDEO] Kes culik kanak-kanak: Tiga suspek direman empat hari

Iklan

JOHOR BAHRU - Tiga suspek direman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pusat perniagaan di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Perintah reman terhadap dua suspek lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 28 hingga 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun bermula Selasa hingga 26 Julai.

Iklan
Iklan

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas ketiga-tiga suspek mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, suspek berpakaian lokap berwarna jingga dan ungu dibawa ke pekarangan mahkamah sekitar jam 8.45 pagi diiringi anggota polis bertugas.

Iklan
Laporan Sinar Harian.

Pada Isnin, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 28 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sekitar kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Albertine Leo Jia Hui, 6, disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu ketika di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini.

Iklan

Kes kehilangannya itu diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Satu sidang media Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berhubung kes berkenaan akan diadakan jam 11 pagi Selasa.