Selangor FC tidak akan dirombak - Johan

Iklan
Reaksi Nidzam Jamil pada aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Foto: BERNAMA

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menafikan khabar angin kelab itu akan dirombak secara besar-besaran selepas aksi hambar dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Menurutnya, pengurusan skuad Gergasi Merah itu masih mempercayai kemampuan pengendali pasukan, Mohd Nidzam Jamil dan barisan pemain untuk menghadapi saingan musim ini.

Iklan
Iklan

Malah, beliau menyifatkan Selangor FC masih berada dalam pemburuan Piala FA selain Liga Super juga masih panjang untuk membolehkan pasukan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

"Tetapi, saingan masih panjang terutama liga baru bermula dan kita masih dalam saingan Piala FA. Pihak pengurusan, kejurulatihan dan pemain sering berbincang bagaimana untuk memperbaiki prestasi pasukan.

Iklan

"Saya percaya pasukan akan menjadi lebih baik. Kita masih percaya kepada coach Nidzam dan pemain. Kita akan cuba dapatkan rentak kembali," katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Prestasi Selangor dalam beberapa perlawanan terakhir terutama ketika bertandang ke laman lawan agak tidak memuaskan selepas tewas dalam semua perlawanan.

Iklan

Skuad gergasi Lembah Klang itu tewas kepada Kuching City FC dalam perlawanan Piala FA di Stadium Negeri Sarawak sebelum bangkit di laman sendiri untuk mara ke separuh akhir.

Mereka turut mempamerkan persembahan kurang meyakinkan tunduk kepada Kuala Lumpur City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dalam aksi Liga Super minggu lalu.

Selain itu, Selangor juga berdepan tugas sukar untuk melakar kebangkitan pada aksi timbal balik separuh akhir Piala FA selepas tewas 2-3 kepada Terengganu FC di Kuala Terengganu.

Ia sekali gus menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan peminat yang mendesak agar perubahan dilakukan termasuk mencari pengendali baharu untuk membimbing pasukan.