[VIDEO] Hilang di JB, Albertine Leo ditemui selamat di Selangor

Iklan

BATANG KALI - Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.

Difahamkan, mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor.

Iklan
Iklan

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Albertine Leo yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat di satu lokasi di Batang Kali, Selangor.

"Ya, dijumpai di kawasan Batang Kali, Selangor," katanya ringkas pada Selasa.

Iklan

Satu sidang akhbar juga dibuat Polis Johor pada Selasa berhubung perkembangan kes terbabit.

Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang semasa Festival Jepun Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru kira-kira jam 8.30 malam 20 Julai.

Iklan

Dalam kejadian itu, ibu mangsa, Leo Qieo Xin, 37, merupakan salah seorang operator gerai di festival berkenaan, sedang menguruskan pelanggan sebelum menyedari bahawa anaknya telah hilang.