Empat nelayan Thailand ditahan, ceroboh zon penangkapan ikan

Iklan
Empat nelayan warga Thailand disiasat dibawah Seksyen 8 (b) mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

GEORGE TOWN - Empat nelayan warga Thailand ditahan selepas didapati menceroboh zon penangkapan ikan di kedudukan 6.0 batu nautika barat Teluk Kampi dekat sini pada Selasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, kesemua mereka ditahan ketika pemeriksaan yang dilakukan pada jam 5 pagi selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

"Pada awalnya bot peronda melakukan rutin penguatkuasaan sebelum melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bot nelayan tempatan yang pada ketika itu dalam keadaan mencurigakan.

"Melihat situasi tersebut, bot penguatkuasa bertindak menghampiri bot berkenaan dan mendapati mereka sedang melakukan aktiviti perikanan di bawah 15.0 batu nautika iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan tidak mengikut syarat sah lesen kelas C," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Razali berkata, kesemua yang ditahan berusia di antara 42 hingga 64 tahun dan akan disiasat di bawah Seksyen 8 (b) mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

Katanya, kesemua kru bot bersama hasil tangkapan dianggarkan 150 kilogram ikan baja telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

Iklan