Dompet dijumpai ada kad pengenalan Nur Farah Kartini

Iklan
Pasukan penyelam dari Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik PDRM menemukan beg duit dipercayai milik Nur Farah Kartini ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak di Kampung Batu 4 Trolak pada jam 12.20 tengah hari pada Isnin. Foto Bernama

SHAH ALAM - Dua rangkai kunci kereta dan dompet mengandungi kad pengenalan milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, merupakan barang kes yang dijumpai di Sungai Trolak, Batu 4, Perak, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pencarian telah dilakukan Pasukan Forensik Unit Selam Bukit Aman.

Iklan
Iklan

"Pasukan telah menemui dua rangkai kunci kereta dan satu dompet mengandungi dokumen pengenalan diri mangsa.

"Kedua-dua barang kes ini dipercayai berkaitan dengan kes pembunuhan yang sedang disiasat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan
Hussein

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan suspek lelaki berusia 26 tahun disambung reman tujuh hari sehingga 29 Julai depan selepas reman pertama selama tujuh hari tamat, pada Isnin.

Susulan itu, polis telah menemukan telefon pintar di dalam parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, selain beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Iklan

Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan di Pahang.

Bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum laporan polis dibuat pada keesokan hari.