Bunuh Zulfarhan: 'Ibu bapa mana sanggup lihat anak mereka diseksa'

Iklan
Ibu bapa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain memanjatkan rasa syukur atas keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes buli anak mereka di Putrajaya pada Selasa.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI]"Ibu bapa mana yang tidak marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan terutama mayat Zulfarhan Osman Zulkarnain, dikembalikan ke pangkuan untuk dikebumikan,” kata Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Hadhariah berkata, ibu bapa Zulfarhan akan lebih kecewa, apabila mayat Pegawai Kadet Laut itu diterima dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ALLAH sahaja yang tahu betapa hancur, luluhnya hati dan perasaan mereka apabila melihat keadaan anak mereka diperlakukan oleh keenam-enam tertuduh tersebut.

"Seolah-olah tubuh badan mangsa, tidak sedikit pun mempunyai nilai di kaca mata mereka sehingga tergamak menyeksa dan berbuat kezaliman seperti ini.

Iklan

Beliau berkata, bak kata pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul', ALLAH sahaja yang tahu betapa hancurnya hati mereka bila melihat keadaan anak sendiri diperlakukan sebegini oleh rakan-rakan sepengajian sendiri.

Katanya, mahkamah tidak akan bertoleransi dalam kejadian jenayah sebegini dan mahkamah sebulat suara menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Iklan