SHAH ALAM - Kerajaan sewajarnya memperluaskan penggantungan visa dan Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival) untuk seluruh warga China sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan koronavirus.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan perlu berbuat demikian selari dengan pendedahan Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang yang mengaku bahawa lima juta penduduk di Wuhan berjaya keluar dari bandar itu sebelum kerajaan China mengenakan sekatan ke atas mereka.