Tahap keselamatan Mydin Manjoi ditingkatkan untuk elak kemalangan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

IPOH - Pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) memaklumkan pihaknya akan meningkatkan tahap keselamatan di bangunan Pasar Raya Besar Mydin Manjoi yang sedang dibaik pulih susulan kejadian runtuhan dinding pasar raya berkenaan semalam.

Mydin dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pihaknya akan memastikan kontraktor dilantik mengikut prosedur operasi standard ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang.

Iklan
Iklan

"Pihak kami mengesahkan insiden kemalangan kecil yang berlaku melibatkan dua remaja di

kawasan berhampiran cawangan kami yang sedang dibaik pulih pada kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Iklan

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” kata kenyataan itu.

Semalam, dua remaja lelaki cedera ringan selepas terkena serpihan batu bata yang jatuh akibat daripada runtuhan dinding pasar raya berkenaan.

Iklan

Kejadian runtuhan itu melibatkan dinding sebelah kanan iaitu bersebelahan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di sini dan membabitkan sebuah motosikal yang sedang melalui jalan bersebelahan pasar raya itu.

Pada 10 Mac, pasar raya berkenaan telah terbakar berpunca daripada kerosakan panel pembahagi elektrik di bangunan itu. - Bernama