Polis tahan tiga lelaki terlibat kes rusuhan di pasar malam Sibu

Iklan
Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan disyaki terlibat kejadian rusuhan di tapak pasar malam Sibu di Jalan Cross, pada Isnin. Gambar hiasan

SIBU - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan disyaki terlibat kejadian rusuhan di tapak pasar malam Sibu di Jalan Cross, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam kenyataan pada Selasa berkata, tangkapan ke atas ketiga-tiga lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu dibuat sejurus menerima laporan kejadian berkenaan pada jam 8.46 malam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, semakan polis mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan polis kini giat mengesan suspek lain yang masih bebas.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila seorang individu yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk melakukan gangguan dan merosakkan gerai-gerai jualan di pasar malam berkenaan.

Iklan

Berang dengan perbuatan tersebut, beberapa individu membelasah suspek menyebabkan dia mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/147 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta benda dan merusuh di tempat awam.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 084-344111 atau pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Zam Zam Ismail di talian 014-9067909. - Bernama