Pencemaran bau: Kilang proses bahan akrilik berdepan tindakan tegas

Iklan
Izham melakukan gimik pemanduan jentuai mini ada majlis terbabit di PPN Jentera di Jalan Tali Air 10, Pasir Panjang, Sekinchan pada Selasa.

SABAK BERNAM - Kerajaan Selangor tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sebuah kilang memproses bahan akrilik daripada pepejal kepada cecair untuk dikitar semula yang menjadi punca kepada pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah pada Isnin.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, status kilang itu akan diteliti bagi memastikan premis terbabit mempunyai lesen perniagaan atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, aliran efluen daripada kebocoran tangki menyebabkan bahan tersebut dipercayai bahan terjadual, Poly Methacrylic Acid (PMAA) melimpah mengalir ke longkang dan parit sehingga ke Sungai Kuang.

"Tindakan tegas diambil berdasarkan pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999," katanya ketika ditemui pada Majlis Gimik Penyerahan Jentuai Mini di Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Jentera di Jalan Tali Air 10, Pasir Panjang, Sekinchan pada Selasa.

Iklan

Izham berkata, satu mesyuarat juga akan diadakan berhubung gangguan bekalan air yang menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor itu ialah Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (SSP1, SSP2 dan SSP3) dihenti tugas.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan melibatkan beberapa agensi dan pihak berkaitan.

Iklan

"Kita akan maklumkan tindakan yang akan diambil pada sidang akhbar selepas mesyuarat malam ini.

"Kita juga akan maklumkan tindakan susulan yang akan dibuat sekiranya bacaan bau masih tinggi di Sungai Kuang, Sungai Kundang dan Sungai Sembah petang ini," ujar beliau.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, empat Loji LRA Selangor dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah pada Isnin.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, empat LRA itu ialah Rantau Panjang, SSP1, SSP 2 dan SSP 3.