MOTAC mahu wujud kereta api warisan perkukuh pelancongan, kebudayaan

Iklan
Khairul Firdaus (tiga dari kiri) merasmikan program ASEAN Heritage Train yang diadakan di Kuala Lumpur Sentral pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang mewujudkan program kereta api warisan bagi memperkukuh pelancongan dan kebudayaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, idea berkenaan tercetus setelah melihat kejayaan program ASEAN Heritage Train (ATH).

Iklan
Iklan

"MOTAC baru sahaja berbincang dengan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mewujudkan satu program yang meliputi aspek pelancongan dan kebudayaan.

"Ini (program kereta api warisan) adalah salah satu penanda aras yang cukup baik, apabila acara ini dapat dilaksanakan.

Iklan

"Sudah semestinya, program ini perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain agar semangat ASEAN dapat diterapkan dalam masyarakat kita,” katanya ketika sidang media majlis pelancaran AHT pada Selasa.

Mengulas mengenai program itu, Khairul Firdaus memberitahu, ia merupakan projek kebudayaan transnasional yang melibatkan tiga negara anggota ASEAN melalui Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Lao PDR, Kementerian Kebudayaan Thailand dan MOTAC.

Iklan

"Saya dimaklumkan sepanjang perjalanan, peserta terlibat dalam beberapa siri acara termasuk persembahan kebudayaan, pameran kraf tangan dan bengkel, kulinari tradisional dan pertukaran pengetahuan dengan masyarakat tempatan.

"AHT dengan tema meningkatkan perhubungan ke arah budaya kepelbagaian, ia secara tidak langsung melambangkan bahawa projek ini mendalami dan menggalakkan pertukaran budaya serta menyumbang kepada komuniti ASEAN yang lebih inklusif,” ujarnya.

Tambah beliau, ASEAN sering digambarkan sebagai ‘periuk lebur’ yang berbeza budaya, tradisi dan kepercayaan.

Jelas beliau, hampir semua negara di rantau ini terdiri daripada berpuluh-puluh etnik yang masing-masing mempunyai pertuturan berbeza bahasa dan dialek, makanan, pakaian, tarian serta perayaan.

"Walaupun kita (negara ASEAN) memiliki banyak perbezaan tetapi boleh dikatakan kita mempunyai identiti bersama.

"Penjajaran ini menunjukkan keunikan ASEAN. Salah satu yang biasa ciri masyarakat ASEAN ialah budaya tradisional yang dikongsi bersama ialah hiasan pakaian tradisional (tengkolok),” katanya.

AHT bermula di Lao PDR pada 9 hingga 14 Julai iaitu di Luang Prabang, Vang Vieng dan Vientiane. Pada 15 hingga 20 Julai, para peserta menuju ke Thailand merangkumi Nong Khai, Bangkok, Petchaburi dan Songkhla.

Seterusnya, 21 hingga 26 Julai 2024, peserta AHT sampai ke Malaysia melalui tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.