KOTA KINABALU - Usaha menggempur kawasan setinggan di sekitar Kota Kinabalu diteruskan apabila sebanyak 51 lagi rumah telah dirobohkan dalam Op Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Bersepadu Mega di Likas, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, operasi yang bermula jam 3.30 petang itu turut menahan enam warga Filipina berusia antara 25 hingga 50 tahun selepas didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Polis merobohkan rumah yang dibina PATI.